KERIS MAS DALAM INGATAN

 



Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan cerpen. Keris Mas banyak memberi sumbangan kepada seni sastera negara. Beliau telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mampu memberi perkembangan kepada dunia sastera negara. Terdapat banyak isu yang diketengahkan oleh Keris Mas melalui penulisannya yang menfokuskan kepada isu percintaan, kepincangaan masyarakat, dan keadaan sosio-politik sesudah merdeka.

Selain itu, terdapat juga beberapa buah novel yang setelah dihasilkan oleh Keris Mas iaitu Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1983), Rimba Harapan (1985). Salah satu novel Keris Mas yang dijadikan bahan pembelajaran persekolahan iaitu novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Novel ini dikaji oleh semua pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dan Komunikatif. Novel ini banyak memaparkan watak dan perwatakan,persoalan, pengajaran,dan lain lagi yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat. Keris Mas banyak mendidik masyarakat dengan melalui sebatang pen beliau agar masyarakat sedar akan kehidupan yang sebenar.

Kematangan dan kebijaksanaan Keris Mas dalam mengujarkan sesuatu dalam penulisan sangat memberi kesan kepada pembaca yang membaca karya beliau. Keris Mas banyak menaburkan jasa dan tenaga beliau kepada bidang seni kesusteraan di negara. Penghasilan sesebuah karya tidak senang, Keris Mas pernah mengalami kesukaran kerana kekurangan kertas untuk menulis cerpennya dan itu bukan penghalang bagi beliau untuk berhenti menulis cerpen beliau. Oleh itu, setiap penulisan beliau sangat berharga dan perlu dijaga dengan teliti kerana karya beliau menjadi bahan rujukan kepada generasi yang akan datang yang mampu meneruskan kesenian ini di dalam negara. Semua karya Keris Mas perlu dijadikan harta pusaka negara yang paling bermakna dan bererti agar khazanah ini tidak hanya terbuang begitu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA