MASAKAN PUAKA

 

Masakan yang paling terbaik di dunia ialah masakan ibu. Masakan ibu tiada tandingnya dengan masakan orang lain walaupun terlihat sama dari segi wajah namun rasa yang dimiliki amat membedakan dengan masakan seorang ibu. Hal ini dikatakan demikian kerana, masakan ibu sering kali memiliki rasa yang unik dan khas yang membedakannya adalah dari penggunaan bahan masakan yang tertentu, dan teknik memasak khusus yang diwariskan dari generasi ke generasi. Tambahan pula, masakan ibu penuh dengan air tangan yang disaluti oleh keikhlaan dan kasih sayang terhadap keluarga menjadikan masakan ibu sangat berharga  yang tidak mampu untuk dibuat oleh orang lain. Walaupun dampak biasa, seperti ayam masak merah tetapi berbeda dengan masakan orang lain.

Seorang ibu memiliki kreativiti dalam memasak dan mampu melakukan penambahbaikan bergantung kepada bahan yang tersedia atau keperluan keluarga. Kemampuan untuk membuat hidangan lazat dari bahan sederhana adalah keahlian yang umum dimiliki oleh seorang ibu. Daya pemikiran seorang ibu juga tidak ternilai kerana ibu mampu berfikir cara untuk menggunakan bahan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya agar tidak berlaku pembaziran tetapi masih lagi diterima oleh tekak keluarganya. Masakan ibu juga mencerminkan kepedulian terhadap kesihatan dan nutrisi keluarga. Ibu cenderung memperhatikan terhadap keseimbangan gizi dan cuba untuk menyajikan hidangan yang seimbang dan bermanfaat untuk kesihatan keluarga.

Oleh itu, masakan ibu bukan hanya tentang rasa masakan yang lazat, tetapi tentang kehangatan dan kasih sayang seorang ibu kepada keluarganya. Masakan ibu ialah satu-satunya masakan yang akan dirindui apabila berjauhan dengan ibu. Setiap aroma masakan ibu akan menyentuh deria bau dan selera makan untuk makan masakan ibu berbanding dengan masakan orang lain. Masakan ibu tetap nombor satu yang dapat memenangi hati seorang anak. Masakan ibu tetap dihati. Jadi, hargailah masakan ibu dengan sebaik-baiknya. Jika ibu sudah tiada, maka tiada lagi hidangan yang terbaik yang dapat dirasai.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)