PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

Kumpulan 1 (BBK3410)

Kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410) menjadi satu kursus yang diwajibkan untuk diambil semua pelajar fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus ini merupakan satu kursus yang mengajar pelajar tentang kesenian dan keunikan dalam kesusasteraan Melayu. Para pelajar dapat menerapkan keindahan unsur alam dalam penciptaan karya. Terdapat 5 genre sahaja yang akan diulaskan di dalam kursus ini, seperti pantun, drama, cerpen, sajak,syair, dan novel. 5 genre ini sudah memandai untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenal tentang bidang sastera bagi yang tidak pernah mengambil belajar subjek sastera di mana-mana institusi. Malah, bagi pelajar yang pernah mengambilnya, ini adalah peluang kepada mereka untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang sastera bersama tenaga pengajar yang lebih profesional dalam bidang sastera.

Selain itu, kursus ini juga banyak memberi pendedahan kepada perkara baharu, seperti mengenali lebih ramai sasterawan negara dan penulis buku teks sastera di peringkat sekolah yang selama ini tidak mengenali penulis tersebut dengan hanya mampu membaca nama beliau pada kulit buku teks. Tambahan pula, tenaga pengajar dalam kursus ini juga bukan calang-calang, beliau merupakan penulis yang cukup tersohor dalam bidang sastera. Banyak kejayaan yang telah beliau peroleh. Oleh itu, tidak diragukan lagi bahawa, kursus ini merupakan kursus yang sangat penting kepada pelajar bahasa yang bukan sahaja mampu mengkaji penggunaan bahasa yang betul mengikut disiplin nahu, malah pelajar juga perlu tahu nilai estetika penggunaan bahasa dalam bidang sastera.

Terdapat satu cadangan tentang kursus ini. Kursus penglahiran bakat kreatif perlu dijadikan sebagai kursus wajib universiti. Penghasilan karya kreatif bukan bergantung kepada apa-apa program yang dipelajari, tetapi terhadap minat pelajar terhadap penciptaan karya kreatif. Jadi, bagi memperluaskan bidang sastera dalam kalangan pelajar, perlu dijadikan kursus bakat kreatif sebagai kursus universiti yang diwajibkan untuk semua pelajar UPM mengambilnya.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

MASAKAN PUAKA