CEBISAN SENI YANG TERUKIR

 



Novel Naratif Ogonshoto merupakan hasil karya seorang sasterawan negara iaitu Anwar Ridhwan. Buku ini terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Buku ini juga sangat bagus dijadikan sebagai teks kajian kepada para pelajar sekolah bagi mengkaji unsur-unsur seni sastera yang terdapat di dalam buku ini. Pengarang buku ini juga menggunakan kosa kata bahasa yang tinggi, ini menunjukkan bahawa sasterawan negara kita mengukapkan sesuatu ujaran dengan penuh imaginasi.

Ringkasan buku Naratif Ogonshoto mengisahkan  kehidupan masyarakat yang dizalimi oleh pemerintah iaitu Republik Ogonshoto. Pengarang menghasilkan novel ini dengan penuh teliti dari segi pemilihan diksi yang mantap yang memerlukan pemikiran yang meluas dan perlu mengetahui setiap makna dan erti diksi yang digunakan dalam novel ini. Jika tidak mengetahui makna diksi tersebut sudah tentu akan pembaca akan mengalami kesukaran untuk menjiwai dan menghayati situasi yang diceritakan dalam buku ini. 

Seni sastera yang ditunjukkan di dalam buku ini sungguh menampakkan bahawa sastera sungguh indah dan menarik. Perumpamaan yang diberikan dapat menimbulkan kesan yang dapat menyentuh jiwa seorang manusia. Seni sastera sungguh luas dan halus. Kesenian sastera banyak terdapat di dalam buku Naratif Ogonshoto jika dikaji dengan betul-betul. Setiap aksara yang digunakan mewujudkan secebis seni sastera yang tercipta oleh sasterwan negara.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA