ELAK BULI


Buli merupakan perilaku yang disengaja dan berulang yang bertujuan untuk menyakiti atau merendahkan orang lain secara fisik, verbal, atau emosional. Ini dapat terjadi di lingkungan sekolah, tempat kerja, atau dalam interaksi sosial sehari-hari. Isu buli yang kerap berlaku adalah dalam kalangan pelajar sekolah. Perbuatan buli sangat memberi kesan yang mendalam terhadap fizikal dan emosi pemangsa. Korban buli sering mengalami stres, depresi bahkan risiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental. Kesakitan yang dialami secara fizikal boleh sembuh dengan kadar yang segera tetapi kesihatan emosi yang terjejas akan mengambil masa yang lama untuk sembuh malah mangsa buli akan terus trauma untuk bergaul dengan orang sekelilingnya dan ada yang sanggup membunuh diri sendiri kerana tidak tahan dibuli.

Oleh itu, isu buli bukan isu yang remeh-temeh yang dapat dibiarkan begitu sahaja. Penderitaan seorang mangsa buli tidak akan dirasai oleh orang yang tidak pernah dibuli. Selain itu, setiap pelajar sudah tentu inginkan kejayaan di dalam pelajaran mereka, jika pelajar sering dibuli pelajaran mereka akan terabai dan akhirnya mereka tidak mampu untuk mencapai kejayaan yang mereka inginkan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan kehidupan mereka sering diselubungi oleh ketakutan sehingga mereka hilang fokus di dalam pelajaran. Jadi, isu buli perlu dijadikan sebagai isu yang utama dalam perbincangan untuk membanteras kes buli daripada terus terjadi dalam kalangan pelajar sekolah. 

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA