HATI SUKMA MANISAN DIRAJA

 


Warisan budaya yang dapat di ambil iaitu dari sudut makanan tradisional. Negeri Kelantan dikenali sebagai negeri yang mempunyai banyak jenis kuih-muih yang sedap dan menarik. Kuih tradisi, seperti kuih tahi itik mampu menimbulkan keraguan dan memualkan selera makan orang yang tidak mengetahui tentang kuih ini kerana mempunyai nama yang unik. Perkataan "tahi" dalam nama kuih itu bukan mempunyai makna yang sebenarnya , kuih ini bukan diperbuat daripada bahan yang difikirkan itu malah kuih ini hanya menggunakan nama tahi itik yang disebabkan rupa bentuk kuih itu sama dengan tahi itik. Nama asal kuih ini juga ialah kuih hati sukma yang sudah lama dilupakan oleh masyarakat Kelantan dan kini popular dengan nama kuih tahi itik.

Keunikan setiap kuih-muih yang terdapat di negeri kelahiran ini tersirat asal usul kejadiannya. Kuih tradisi, seperti kuih tahi itik mempunyai asal usulnya yang dikatakan bahawa kuih tahi itik merupakan sajian yang dijadikan santapan kepada kerabat diraja di negeri Kelantan pada suatu ketika dahulu. Pada zaman dahulu, telur merupakan ramuan yang tidak murah untuk dibeli jadi, segala makanan yang diperbuat daripada telur hanya menjadi hidangan istana sahaja. Kini, kuih tersebut sudah senang didapati, seperti di pasar mingguan di negeri Kelantan. Orang ramai boleh merasai hidangan manisan ini pada setiap masa. Masyarakat di pantai timur menjadikan kuih-muih sebagai manisan sampingan pada waktu pagi untuk mengalas perut mereka termasuk juga kuih hati sukma ini.

Kuih hati sukma atau kuih tahi itik mempunyai  rasa yang dapat memikat lidah dengan sekali gigitan sahaja. Cara pembuatan yang senang hanya memerlukan putih telur, santan , dan gula pasir. Kemudian kuih ini tiada bentuk yang khusus malah hanya memjadikan bentuk bulat atau kepal bagi memudahkan pengagihan. Biasanya, bagi menghiasi hidangan kuih ini akan dibentuk secara bentuk bulat supaya dapat diletakkan dengan rapi dan tersusun. Warisan kuih-muih negeri Kelantan perlu diteruskan dan dikekalkan supaya manisan leluhur negeri ini tidak ditelan zaman.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA