INDENTITI MELAYU

 


Adat Melayu, iaitu adat merisik sebelum majlis perkahwinan berlangsung yang akan dilakukan oleh pihak lelaki dengan rombongan yang sederhana untuk mengunjungi rumah pihak perempuan. Amalan merisik banyak mengandungi unsur sastera, bahasa, dan budaya. Dari segi sastera, amalan merisik akan berbalas pantun antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Pantun merisik akan dimulakan oleh pihak lelaki dan kemudiannya akan dibalas oleh pihak perempuan untuk bertanya tentang tujuan datang berkunjung ke rumahnya. Unsur sastera dapat dilihat daripada melalui keindahan diksi yang dipilih dalam mencipta pantun unuk tujuan merisik. Secara tidak langsung, penggunaan diksi yang indah akan menimbulkan unsur bahasa yang baik dalam percakapan. Hal ini disebabkan oleh bahasa yang baik memainkan peranan penting dalam memikat hati mana-mana pihak untuk bersetuju dalam semua hal. 

Dari segi budaya pula, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang , kapur dan gambir. Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan. Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan. Jadi, sastera,bahasa,dan budaya perlu diteruskan bukan dipinggirkan begitu sahaja kerana hal tersebut merupakan warisan yang diwarisi secara turun temurun daripada leluhur yang sangat berharga yang mampu membuktikan identiti seseorang sebagai kaum Melayu.




Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA