JENTIK DIRI DENGAN MOTIVASI

 



Prof. Dr. Muhaya, nama yang tidak asing didengari dalam bidang pakar motivasi di Malaysia. Prof. Dr. Muhaya juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang oftalmologi, iaitu sains mata. Beliau juga merupakan wanita Melayu pertama yang menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia. Prof. Dr. Muhaya mempunyai sikap yang sangat lemah-lembut dalam memberikan motivasi kepada khalayak ramai. Setiap penerangan yang diberikan adalah sangat jelas dan padat yang dapat diterima oleh orang ramai. Pakar motivasi ini juga tidak lupa untuk menyelitkan setiap kandungan motivasi akan ada kaitan dengan hubungan manusia dengan Maha Pencipta.

"Kurang berfikir apa yang orang kata. Banyakkan berfikir apa yang Allah mahu daripada kita,". Ringkas tapi mampu membersihkan jiwa dan fikiran yang penuh dengan tanggapan yang negatif dalam diri orang ramai. Selain itu, Prof. Dr. Muhaya menghasilkan beberapa buah buku motivasi yang mengandungi pelbagai kata-kata semangat dan penjelasan tentang sesuatu permasalahan yang mengalami oleh orang ramai. Kandungan buku beliau juga ramai menyukainya kerana setiap topik mempunyai penjelasan yang mudah difahami dan diterapkan oleh pembaca.

Manusia seharusnya mempunyai fikiran yang negatif itulah lumrah seorang manusia yang mudah terkesan dengan tanggapan orang lain bahkan tanggapan dan pandangan diri sendiri diketepikan sehingga mampu berlakunya masalah mental. Jadi, cara yang paling berkesan adalah dengan melibatkan diri dalam program motivasi. Masalah ini sering terjadi kepada golongan remaja. Oleh itu, didiklah diri dengan menyentuh jiwa melalui motivasi agar diri dapat diperlihara mengikut hukum syariah.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA