KEGAGALAN MENEMU KEJAYAAN



Setiap kejayaan yang diperoleh mesti ada kegagalan yang telah dialami. Kegagalan yang dihadapi mesti diatasi dengan penuh positif dan mengambil iktabar daripada kegagalan tersebut. Kejayaan tidak datang bergolek melainkan kita terus berusaha untuk mendapatkannya dengan mengharungi pelbagai rintangan dan musibah dalam mencapai kejayaan. Kegagalan boleh dijadikan sebagai guru yang terbaik melalui refleksi atas kegagalan, seseorang dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, keputusan yang diambil, dan cara mengatasinya. Ini dapat membuka peluang untuk seseorang memperbaiki kelemahan diri sendiri untuk membentuk peribadi yang unggul dan lebih professional dapat mencapai kejayaan yang diingini.

Kegagalan seharusnya tidak menjadi hambatan untuk seseorang mencuba lagi. Sebaliknya, kegagalan dapat menjadi pendorong untuk lebih gigih, kreatif, dan tekun dalam mencapai tujuan. Kejayaan merupakan hasil daripada ketekunan dan keberanian untuk menghadapi kegagalan. Walaupun sudah mengetahui bahawa risiko untuk gagal sangat nipis, namun dengan keberanian untuk terus bangkit menyahut cabaran rela mengorbankan diri sendiri. Kesabaran menghadapi semua rintangan ini akan ada hasilnya, iaitu kejayaan yang diperoleh. Meskipun tidak mendapat mencapai secara keseluruhan, sikap bersyukur juga sangat penting bagi menghargai walaupun kejayaan itu hanyalah perkara yang kecil. Hal ini disebabkan, setiap kejayaan yang diperoleh walaupun kecil, bagi seseorang yang sering gagal perkara tersebut sangatlah berharga bagi dirinya untuk terus bangkit daripada kegagalan.

Tiada seorang pun yang tidak pernah mengalami kegagalan malah untuk mencapai kejayaan yang hebat di mata manusia perpuluh ribu kali kegagalan akan dirasai. Selain itu, tidak perlu berfikir negatif dan terasa terasing dengan orang sekeliling yang sudah berjaya, sebaliknya jadikan mereka sebagai pengaruh untuk kita turut melangkah kejayaan.Oleh itu, ingatlah bahawa kegagalan bukan penghalang untuk terus berjaya sedangkan kegagalan merupakan pembakar semangat untuk seseorang mencapai target dan kejayaan yang selama ini diimpikan di dalam kehidupan. 

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA