KENANGAN YANG TERPAHAT


Kerinduan yang terhadap permainan tradisional sungguh tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Permainan tradisional, seperti lompat getah, gasing, guli, baling selipar dan lain lagi. Setiap petang akan ada permainan yang akan dilakukan walaupun penat seharian berada di sekolah. Zaman kanak-kanak, gembira bermain dengan adik-beradik sehingga lewat petang. Namun sekarang, semua adik-beradik sudah meningkat usia. Masing-masing telah pun mempunyai kerjaya masing-masing dan tinggal berjauhan daripada rumah. Masa untuk berkumpul juga sangat singkat. Jika mengimbau balik, keseronokan bersama-sama dengan adik-beradik bermain semua permainan tradisional sangat menyayat hati. 

Walaubagaimanpun, kenangan yang tercipta menjadikan hubungan adik-beradik semakin rapat dan erat meskipun jasad berjauhan namun hati masing-masing rindu akan detik-detik ketika bersama-sama bermain permainan tradisional. Jika dapat diputarkan kembali masa, mahu sahaja kembali pada waktu tersebut. Namun apakan daya, untuk memutarkan masa itu sungguh mustahil untuk dilakukan. Perasaan menyesal timbul apabila mengenang kembali saat bersama adik-beradik riang bermain permainan tradisional pada setiap hari kerana pada waktu itu tidak pernah terfikir akan berasa rindu sedalam ini.

Oleh itu, kenangan bersama adik-beradik perlu diingati hingga ke akhir hayat. Hal ini disebabkan oleh, kenangan bersama mereka sangatlah berharga dan adik-beradik sahaja yang akan sayang dan cinta dengan sepenuh hati yang tiada sesiapa pun yang dapat memberi kasih sayang yang sama kepada seseorang tersebut. Jadi, kenangan bersama ketika bermain permainan tradisional menjadi detik yang paling berharga dan sentiasa tersemat di dalam ingatan.


 

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA