SIRNA KUALITI FILEM

 


Filem Mat Tudung Begins merupakan filem edisi kedua yang dihasilkan setelah mendapat sambutan pada edisi pertama arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions. Filem ini menimbulkan persoalan tentang watak lelaki yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian wanita. Situasi ini sudah terang lagi bahawa perbuatan tersebut sangat salah di sisi agama Islam. Filem merupakan tayangan umum yang akan ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, filem ini merupakan filem Malaysia yang juga Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Kesannya, menimbulkan pandangan yang negatif terhadap masyarakat luar tentang industri filem Malaysia yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sudah menjadi kebiasaan, di dalam industri filem di Malaysia watak yang tidak menjaga batas pergaulan antara wanita dengan lelaki. Apabila,watak lelaki bertukar menjadi wanita sudah tentu akan ada babak yang menyentuh anggota badan yang berlawanan jantina. Hal ini disebabkan tiada lagi pegangan agama yang kuat di dalam diri meskipun di dalam lakonan. Filem salah satu platform untuk menghiburkan masyarakat tetapi sebagai negara yang mengiktafkan agama Islam sebagai agama negara, sepatutnya dalam menguruskan watak dan perwatakan dan jalan cerita perlu mengikuti peraturan agama. 

Oleh itu, hiburan tidak salah tetapi perlu mengandungi moral dan nila murni yang dapat diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Jika industri filem Malaysia patuh dengan ajaran agama, kualiti terhadap filem secara tidak langsung akan wujud kerana agama banyak memberi kesan yang positif terhadap zahir dan batin seseorang. Pemakaian watak yang tidak sesuai dan babak yang tidak baik dapat dielakkan daripada dijadikan sebagai elemen dalam penerbitan filem.
 

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA