TENANG, SEBAR AGAMA ALLAH

  



Azhar bin Idrus yang mesra dikenali sebagai ustaz Azhar Idrus atau UAI ini mejadi tokoh ulama yang paling disenangi oleh orang ramai bahkan ramai anak muda yang sangat suka akan beliau. Beliau banyak menerima kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat yang tidak suka akan beliau. Namun begitu, bagi beliau perkara itu bukan menjadi penghalang untuk menyebarkan kebenaran agama Allah SWT kepada umat Islam. Ustaz Azhar Idrus menjadikan situasinya ini sama dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang dimaki dan dihina oleh masyarakat yang tidak menerima bagida sebagai Rasul yang menegakkan agama Islam pada zaman tersebut. 

Ustaz Azhar Idrus juga memiliki keperibadian yang unggul kerana beliau seorang yang rendah diri tetapi ramai yang menyanjung ulama terhebat ini bahkan di luar negara juga sangat mengenali beliau. Ustaz juga memyampaikan ceramahnya dengan penuh santai. Setiap persoalan yang ditujukan, ustaz menjawabnya dengan memberi penjelasan yang jelas yang dapat difahami oleh penonton. Tidak lupa juga, setiap soal jawab yang dilakukan semestinya ada lawak yang akan diselitkan kepada penonton. Lawak yang dikatakan akan ada kaitannya dengan soalan yang ditujukan olehnya, dengan itu penonton dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Walaupun ustaz tiada pangkat namun Ustaz Azhar Idrus sangat disenangi oleh ramai umat Islam dengan kebijaksaan dan penghayatan beliau terhadap agama Islam yang disebarkan itu. Ustaz juga tidak lekang daripada senyumannya yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang ceria dan tenang walau dikritik dan dituduh dengan pelbagai perkara. Ustaz Azhar Irdus merupakan salah seorang ulama yang paling tenang menjawab setiap persoalan tanpa membawa sebarang catatan atau nota. Segala jawaban sudah terukir di dalam fikiran beliau. Selain itu, ramai remaja pada zaman ini yang sangat suka akan ulama hebat ini kerana dapat memberi pejelas yang dekat dengan kehidupan remaja pada masa ini. Oleh itu, orang alim ulama perlulah dihormati dan disegani kerana jika tanpa mereka, kita tidak mampu untuk mengetahui segala peraturan yang telah ditetapkan di dalam agama Allah. Kehadiran mereka yang bijak dalam agamalah yang banyak memberi penerangan yang betul berdasarkan al-Quran dan Hadis.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA