TIDAK SALAH JIKA DIUBAH

 


Drama W: Two Worlds merupakan drama adaptasi daripada drama Korea. Drama ini tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Babak romantis yang tidak sepatutnya dijadikan tontonan umum tidak dibuang malah ditayang begitu sahaja. Terdapat babak watak perempuan Melayu yang seakan-akan mencium bibir watak lelaki Melayu walaupun berlapik dengan kain tetapi situasi ini dapat menimbulkan fitnah terhadap watak tersebut. Setiap aksi yang dilakukan oleh pelakon sudah tentu perkara tersebut dilakukan secara betul bukan disunting menggunakan teknologi. Hal ini menunjukkan bahawa, drama ini hanya ingin mencapai keaslian drama asli walaupun Malaysia dengan Korea merupakan negara yang berlainan budaya, agama, dan lain lagi. 

Setiap negara mempunyai keunikan dalam budaya dan kesenian yang tersendiri dalam berkarya. Tidak salah jika kita mengubah sedikit babak yang tidak perlu dan bertentangan dengan budaya negara. Pengarah perlu membuat penyesuaian terhadap setiap babak yang ada dengan aspek persekitaran di negara Malaysia. Malahan, drama yang diubahsuai mengikut kesesuaian ini mampu menjadikan drama ini lebih baik dengan drama yang asal. Jadi, bagi mengekalkan kualiti drama Melayu yang akan ditonton oleh semua masyarakat tidak kira tua atau muda perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu babak yang tidak sesuai untuk ditayang sebelum tayangan disiarkan di semua siaran.

Comments

Popular posts from this blog

KERIS MAS DALAM INGATAN

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

MASAKAN PUAKA