Posts

Showing posts from January, 2024

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK3410)

Image
Kumpulan 1 (BBK3410) Kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410) menjadi satu kursus yang diwajibkan untuk diambil semua pelajar fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus ini merupakan satu kursus yang mengajar pelajar tentang kesenian dan keunikan dalam kesusasteraan Melayu. Para pelajar dapat menerapkan keindahan unsur alam dalam penciptaan karya. Terdapat 5 genre sahaja yang akan diulaskan di dalam kursus ini, seperti pantun, drama, cerpen, sajak,syair, dan novel. 5 genre ini sudah memandai untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenal tentang bidang sastera bagi yang tidak pernah mengambil belajar subjek sastera di mana-mana institusi. Malah, bagi pelajar yang pernah mengambilnya, ini adalah peluang kepada mereka untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang sastera bersama tenaga pengajar yang lebih profesional dalam bidang sastera. Selain itu, kursus ini juga banyak memberi pendedahan kepada perkara baharu, seperti mengenali l

KENANGAN YANG TERPAHAT

Image
Kerinduan yang terhadap permainan tradisional sungguh tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Permainan tradisional, seperti lompat getah, gasing, guli, baling selipar dan lain lagi. Setiap petang akan ada permainan yang akan dilakukan walaupun penat seharian berada di sekolah. Zaman kanak-kanak, gembira bermain dengan adik-beradik sehingga lewat petang. Namun sekarang, semua adik-beradik sudah meningkat usia. Masing-masing telah pun mempunyai kerjaya masing-masing dan tinggal berjauhan daripada rumah. Masa untuk berkumpul juga sangat singkat. Jika mengimbau balik, keseronokan bersama-sama dengan adik-beradik bermain semua permainan tradisional sangat menyayat hati.  Walaubagaimanpun, kenangan yang tercipta menjadikan hubungan adik-beradik semakin rapat dan erat meskipun jasad berjauhan namun hati masing-masing rindu akan detik-detik ketika bersama-sama bermain permainan tradisional. Jika dapat diputarkan kembali masa, mahu sahaja kembali pada waktu tersebut. Namun apakan daya, untuk

KEGAGALAN MENEMU KEJAYAAN

Image
Setiap kejayaan yang diperoleh mesti ada kegagalan yang telah dialami. Kegagalan yang dihadapi mesti diatasi dengan penuh positif dan mengambil iktabar daripada kegagalan tersebut. Kejayaan tidak datang bergolek melainkan kita terus berusaha untuk mendapatkannya dengan mengharungi pelbagai rintangan dan musibah dalam mencapai kejayaan. Kegagalan boleh dijadikan sebagai guru yang terbaik melalui refleksi atas kegagalan, seseorang dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, keputusan yang diambil, dan cara mengatasinya. Ini dapat membuka peluang untuk seseorang memperbaiki kelemahan diri sendiri untuk membentuk peribadi yang unggul dan lebih professional dapat mencapai kejayaan yang diingini. Kegagalan seharusnya tidak menjadi hambatan untuk seseorang mencuba lagi. Sebaliknya, kegagalan dapat menjadi pendorong untuk lebih gigih, kreatif, dan tekun dalam mencapai tujuan. Kejayaan merupakan hasil daripada ketekunan dan keberanian untuk menghadapi kegagalan. Walaupun sudah mengetahui b

MASAKAN PUAKA

Image
  Masakan yang paling terbaik di dunia ialah masakan ibu. Masakan ibu tiada tandingnya dengan masakan orang lain walaupun terlihat sama dari segi wajah namun rasa yang dimiliki amat membedakan dengan masakan seorang ibu. Hal ini dikatakan demikian kerana, masakan ibu sering kali memiliki rasa yang unik dan khas yang membedakannya adalah dari penggunaan bahan masakan yang tertentu, dan teknik memasak khusus yang diwariskan dari generasi ke generasi. Tambahan pula, masakan ibu penuh dengan air tangan yang disaluti oleh keikhlaan dan kasih sayang terhadap keluarga menjadikan masakan ibu sangat berharga  yang tidak mampu untuk dibuat oleh orang lain. Walaupun dampak biasa, seperti ayam masak merah tetapi berbeda dengan masakan orang lain. Seorang ibu memiliki kreativiti dalam memasak dan mampu melakukan penambahbaikan bergantung kepada bahan yang tersedia atau keperluan keluarga. Kemampuan untuk membuat hidangan lazat dari bahan sederhana adalah keahlian yang umum dimiliki oleh seorang ibu

INDENTITI MELAYU

Image
  Adat Melayu, iaitu adat merisik sebelum majlis perkahwinan berlangsung yang akan dilakukan oleh pihak lelaki dengan rombongan yang sederhana untuk mengunjungi rumah pihak perempuan. Amalan merisik banyak mengandungi unsur sastera, bahasa, dan budaya. Dari segi sastera, amalan merisik akan berbalas pantun antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Pantun merisik akan dimulakan oleh pihak lelaki dan kemudiannya akan dibalas oleh pihak perempuan untuk bertanya tentang tujuan datang berkunjung ke rumahnya. Unsur sastera dapat dilihat daripada melalui keindahan diksi yang dipilih dalam mencipta pantun unuk tujuan merisik. Secara tidak langsung, penggunaan diksi yang indah akan menimbulkan unsur bahasa yang baik dalam percakapan. Hal ini disebabkan oleh bahasa yang baik memainkan peranan penting dalam memikat hati mana-mana pihak untuk bersetuju dalam semua hal.  Dari segi budaya pula, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang

ELAK BULI

Image
Buli merupakan perilaku yang disengaja dan berulang yang bertujuan untuk menyakiti atau merendahkan orang lain secara fisik, verbal, atau emosional. Ini dapat terjadi di lingkungan sekolah, tempat kerja, atau dalam interaksi sosial sehari-hari. Isu buli yang kerap berlaku adalah dalam kalangan pelajar sekolah. Perbuatan buli sangat memberi kesan yang mendalam terhadap fizikal dan emosi pemangsa.  Korban buli sering mengalami stres, depresi bahkan risiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental. Kesakitan yang dialami secara fizikal boleh sembuh dengan kadar yang segera tetapi kesihatan emosi yang terjejas akan mengambil masa yang lama untuk sembuh malah mangsa buli akan terus trauma untuk bergaul dengan orang sekelilingnya dan ada yang sanggup membunuh diri sendiri kerana tidak tahan dibuli. Oleh itu, isu buli bukan isu yang remeh-temeh yang dapat dibiarkan begitu sahaja. Penderitaan seorang mangsa buli tidak akan dirasai oleh orang yang tidak pernah dibuli. Selain itu, s etiap

TIDAK SALAH JIKA DIUBAH

Image
  Drama W: Two Worlds merupakan drama adaptasi daripada drama Korea. Drama ini tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Babak romantis yang tidak sepatutnya dijadikan tontonan umum tidak dibuang malah ditayang begitu sahaja. Terdapat babak watak perempuan Melayu yang seakan-akan mencium bibir watak lelaki Melayu walaupun berlapik dengan kain tetapi situasi ini dapat menimbulkan fitnah terhadap watak tersebut. Setiap aksi yang dilakukan oleh pelakon sudah tentu perkara tersebut dilakukan secara betul bukan disunting menggunakan teknologi. Hal ini menunjukkan bahawa, drama ini hanya ingin mencapai keaslian drama asli walaupun Malaysia dengan Korea merupakan negara yang berlainan budaya, agama, dan lain lagi.  Setiap negara mempunyai keunikan dalam budaya dan kesenian yang tersendiri dalam berkarya. Tidak salah jika kita mengubah sedikit babak yang tidak perlu dan bertentangan dengan budaya negara. Pengarah perlu membuat penyesuaian terhadap setiap babak yang ada dengan aspek persekitaran

SIRNA KUALITI FILEM

Image
  Filem Mat Tudung Begins merupakan filem edisi kedua yang dihasilkan setelah mendapat sambutan pada edisi pertama arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions. Filem ini menimbulkan persoalan tentang watak lelaki yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian wanita. Situasi ini sudah terang lagi bahawa perbuatan tersebut sangat salah di sisi agama Islam. Filem merupakan tayangan umum yang akan ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, filem ini merupakan filem Malaysia yang juga Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Kesannya, menimbulkan pandangan yang negatif terhadap masyarakat luar tentang industri filem Malaysia yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Sudah menjadi kebiasaan, di dalam industri filem di Malaysia watak yang tidak menjaga batas pergaulan antara wanita dengan lelaki. Apabila,watak lelaki bertukar menjadi wanita sudah tentu akan ada babak yang menyentuh anggota badan yang berlawanan jantina. Hal ini disebabkan tiada lagi pegangan agama yang kuat di

SINARAN MEMANCAR INDAH

Image
  Masjid Kristal merupakan masjid yang sangat popular di negeri Terengganu. Keunikan dalam seni bina dalam pembinaan dengan kristal menjadi tumpuan kepada semua pelancong tidak kira budaya, agama mahupun negara. Masjid Kristal dinamakan bersempana dengan keunikan dan keagungan seni bina yang  terkenal dengan arsitektur uniknya yang memadukan unsur-unsur Islam dengan desain modern. Bangunan ini didominasi oleh kaca dan kristal, memberikan kesan kilauan dan cahaya indah ketika terkena sinar matahari.  Salah satu fitur menarik dari Masjid Kristal ialah kubahnya yang dilapisi dengan panel kristal yang dipotong dengan indah. Panel-panel kristal ini menciptakan kesan kilauan yang mencolok, terutama pada saat matahari terbenam. Selain itu,  Masjid Kristal tetap berfungsi sebagai tempat ibadah bagi umat Islam meskipun menjadi objek wisata popular. Masjid yang indah ini juga digunakan untuk kegiatan keagamaan dan acara-acara khusus dan menyediakan informasi tentang Islam yang memainkan peranan

JENTIK DIRI DENGAN MOTIVASI

Image
  Prof. Dr. Muhaya, nama yang tidak asing didengari dalam bidang pakar motivasi di Malaysia. Prof. Dr. Muhaya juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang oftalmologi, iaitu sains mata. Beliau juga merupakan wanita Melayu pertama yang menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia. Prof. Dr. Muhaya mempunyai sikap yang sangat lemah-lembut dalam memberikan motivasi kepada khalayak ramai. Setiap penerangan yang diberikan adalah sangat jelas dan padat yang dapat diterima oleh orang ramai. Pakar motivasi ini juga tidak lupa untuk menyelitkan setiap kandungan motivasi akan ada kaitan dengan hubungan manusia dengan Maha Pencipta. "Kurang berfikir apa yang orang kata. Banyakkan berfikir apa yang Allah mahu daripada kita,". Ringkas tapi mampu membersihkan jiwa dan fikiran yang penuh dengan tanggapan yang negatif dalam diri orang ramai. Selain itu, Prof. Dr. Muhaya menghasilkan beberapa buah buku motivasi yang mengandungi pelbagai kata-kata semangat dan penjelasan tentang sesuat

TENANG, SEBAR AGAMA ALLAH

Image
   Azhar bin Idrus yang mesra dikenali sebagai ustaz Azhar Idrus atau UAI ini mejadi tokoh ulama yang paling disenangi oleh orang ramai bahkan ramai anak muda yang sangat suka akan beliau. Beliau banyak menerima kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat yang tidak suka akan beliau. Namun begitu, bagi beliau perkara itu bukan menjadi penghalang untuk menyebarkan kebenaran agama Allah SWT kepada umat Islam. Ustaz Azhar Idrus menjadikan situasinya ini sama dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang dimaki dan dihina oleh masyarakat yang tidak menerima bagida sebagai Rasul yang menegakkan agama Islam pada zaman tersebut.  Ustaz Azhar Idrus juga memiliki keperibadian yang unggul kerana beliau seorang yang rendah diri tetapi ramai yang menyanjung ulama terhebat ini bahkan di luar negara juga sangat mengenali beliau. Ustaz juga memyampaikan ceramahnya dengan penuh santai. Setiap persoalan yang ditujukan, ustaz menjawabnya dengan memberi penjelasan yang jelas yang dapat difaham

HATI SUKMA MANISAN DIRAJA

Image
  Warisan budaya yang dapat di ambil iaitu dari sudut makanan tradisional. Negeri Kelantan dikenali sebagai negeri yang mempunyai banyak jenis kuih-muih yang sedap dan menarik. Kuih tradisi, seperti kuih tahi itik mampu menimbulkan keraguan dan memualkan selera makan orang yang tidak mengetahui tentang kuih ini kerana mempunyai nama yang unik. Perkataan "tahi" dalam nama kuih itu bukan mempunyai makna yang sebenarnya , kuih ini bukan diperbuat daripada bahan yang difikirkan itu malah kuih ini hanya menggunakan nama tahi itik yang disebabkan rupa bentuk kuih itu sama dengan tahi itik. Nama asal kuih ini juga ialah kuih hati sukma yang sudah lama dilupakan oleh masyarakat Kelantan dan kini popular dengan nama kuih tahi itik. Keunikan setiap kuih-muih yang terdapat di negeri kelahiran ini tersirat asal usul kejadiannya. Kuih tradisi, seperti kuih tahi itik mempunyai asal usulnya yang dikatakan bahawa kuih tahi itik merupakan sajian yang dijadikan santapan kepada kerabat diraja d

KERIS MAS DALAM INGATAN

Image
  Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.  Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan cerpen. Keris Mas banyak memberi sumbangan kepada seni sastera negara. Beliau telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mampu memberi perkembangan kepada dunia sastera negara.  Terdapat banyak isu yang diketengahkan oleh Keris Mas melalui penulisannya yang menfokuskan kepada isu percintaan, kepincangaan masyarakat, dan keadaan sosio-politik sesudah merdeka. Selain itu, terdapat juga beberapa buah  novel yang setelah dihasilkan oleh Keris Mas iaitu  Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lu

CEBISAN SENI YANG TERUKIR

Image
  Novel Naratif Ogonshoto merupakan hasil karya seorang sasterawan negara iaitu Anwar Ridhwan. Buku ini terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Buku ini juga sangat bagus dijadikan sebagai teks kajian kepada para pelajar sekolah bagi mengkaji unsur-unsur seni sastera yang terdapat di dalam buku ini. Pengarang buku ini juga menggunakan kosa kata bahasa yang tinggi, ini menunjukkan bahawa sasterawan negara kita mengukapkan sesuatu ujaran dengan penuh imaginasi. Ringkasan buku Naratif Ogonshoto mengisahkan  kehidupan masyarakat yang dizalimi oleh pemerintah iaitu Republik Ogonshoto. Pengarang menghasilkan novel ini dengan penuh teliti dari segi pemilihan diksi yang mantap yang memerlukan pemikiran yang meluas dan perlu mengetahui setiap makna dan erti diksi yang digunakan dalam novel ini. Jika tidak mengetahui makna diksi tersebut sudah tentu akan pembaca akan mengalami kesukaran untuk menjiwai dan menghayati situasi yang diceritakan dalam buku in